Sabtu, 18 Mac 2017

Tentang Diri Haikal Rider (Duchenne Muscular Dystrophy)


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Saya Ingin Memperkenalkan Diri Saya, Nama Sebenar Saya Ialah Muhammad Haikal Bin Mohd Nasir, Saya Lebih Dikenali Sebagai Haikal Rider Di Media Sosial. Saya Lahir Pada Tahun 18.12.1998 Di Hospital Besar Kuala Lumpur. Saya Berasal Dari Malaysia Yang Amat Saya Sayangi.

(Gambar Kenangan Masa Saya Kecil Dahulu)

Saya Mempunyai Penyakit Saraf 'Duchenne Muscular Dystrophy'. Penyakit Ini Boleh Merosakkan Rangka Badan Manusia. Masa Kecil Dahulu, Saya Sihat Seperti Kanak-Kanak Normal Yang Lain Iaitu Boleh Berjalan, Berlari Dan Bermain. Namun Lama-Kelamaan, Penyakit Saya Semakin Kelihatan. Masa Saya Berumur 10 Tahun, Saya Semakin Lemah Untuk Berlari Dan Menaik Tangga, Sehinggalah Keluarga Membawa Saya Pergi Ke Hospital Untuk Bertanyakan Kepada Doktor Tentang Masalah Dan Perubahan Saya Ini. Selepas Doktor Memeriksa Dan Mengkaji Dengan Mengambil Sample Tisu Di Bahagian Lengan Saya Lalu Doktor Mengesahkan Saya Menghidap Penyakit Saraf Tersebut.

(Gambar Kenangan Masa Saya Umur 10 Tahun)

Doktor Memberitahu, Penyakit Ini Akan Membawa Perubahan Yang Teruk Ke Atas Diri Saya, Peringkat Demi Peringkat Sehingga Melibatkan Jantung Dan Paru-Paru. Doktor Mengatakan Jika Saya Sudah Berumur 12 Tahun, Kemungkinan Saya Tidak Dapat Lagi Berjalan Kerana Otot Di Bahagian Peha Saya Akan Lemah. Jangkaan Doktor Itu Betul, Masa Saya Berumur 12 Tahun, Saya Tidak Dapat Lagi Berjalan Seperti Dahulu Dan Terpaksa Menggunakan Kerusi Roda Pada Usia Yang Sangat Muda.

(Gambar Kenangan Masa Saya Umur 12 Tahun)

Mulanya Saya Memang Rasa Sedih Dan Malu Mengenangkan Nasib Diri Yang Telah Hilang Upaya Dan Dilabelkan Sebagai Orang Kurang Upaya. Pelbagai Perubatan Tradisional Termasuk Urut Di Merata Tempat Sudah Keluarga Saya Cuba Ikhtiarkan Untuk Sembuhkan Penyakit Saya Ini, Tapi Tidak Pernah Membawa Perubahan Yang Baik. Perkara Yang Saya Sangat Sedih Dan Pilu Saat Itu Adalah Ketika Tidak Dapat Lagi Bermain Dengan Kawan-Kawan Kerana Saya Tidak Mampu Lagi Berjalan Dan Bermain Seperti Mereka.

(Gambar Kenangan Masa Saya Umur 13 Tahun)

Masa Saya Berumur 13 Tahun, Tulang Belakang Saya Pula Telah Nampak Sedikit Bengkok Kerana Penyakit Saraf Saya Semakin Meningkat Naik, Sehinggalah Saya Berumur 16 Tahun, Doktor Menyarankan Supaya Tulang Belakang Saya Harus Dibedah Untuk Mengelakkan Daripada Membengkok Lebih Teruk, Tapi Tidak Semudah Itu Kerana Doktor Vius Memberitahu Tentang Kelemahan Atau Risiko Vius Terhadap Penyakit Saraf Seperti Saya Ini Iaitu Kemungkinan Saya Akan Tersedar Semasa Pembedahan Itu Dijalankan Dan Kemungkinan Juga Boleh Berlaku Kematian Mengejut Serta Kekejangan Yang Melampau Akibat Vius Itu. Tambahan Pula, Doktor Vius Pada Waktu Itu, Belum Pernah Vius Pesakit Yang Seperti Saya Ini. Setelah Keluarga Saya Mendapat Motivasi Dan Keterangan Tentang Vius Itu, Mereka Membuat Keputusan Untuk Membatalkan Pembedahan Itu Kerana Tidak Mahu Menanggung Risiko Dan Tidak Mahu Kehilangan Saya.

Masa Saya Berumur 17 Tahun, Doktor Telah X-Ray Semula Badan Saya Lalu Doktor Mendapati Tulang Belakang Saya Sudah Membengkok Sehingga Mencapai Kiraan 90 Darjah. Doktor Mengatakan, Jika Lama-Kelamaan Dibiarkan, Dikhuatiri Paru-Paru Saya Akan Terhimpit Dan Sukar Untuk Bernafas.

(Keadaan Semasa Saya Memakai Alat Bantuan Pernafasan)

Pada Umur Saya 18 Tahun, Doktor Menyarankan Supaya Saya Perlu Memakai Alat Bantuan Pernafasan Kerana Otot Paru-Paru Saya Semakin Lemah Untuk Bernafas Sendiri. Kini Saya Terpaksalah Memakai Alat Bantuan Pernafasan Itu Sepanjang Saya Tidur Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Pernafasan Saya Terhenti Sendiri Pada Waktu Malam Ketika Saya Tidur. Walaupun Begitu, Saya Masih Mampu Menyanyi Kerana Itu Antara Hobi Saya.

Ketika Umur Saya Berusia 19 Tahun, Tangan Saya Pula Semakin Bengkok Dan Lemah Untuk Mengangkat Barang Yang Berat, Namun Saya Masih Mampu Melukis Dalam Membuat Perniagaan Seperti Melukis Potret Kartun, Melukis Haiwan Versi Kartun, Design Sampul Duit Serta Macam-Macam Lagi.

Saya Mempunyai Hobi Iaitu Melukis, Menyanyi Serta Penulisan. Banyak Juga Saya Mengkongsikan Lukisan Dan Nyanyian Serta Penulisan Saya Kepada Kawan-Kawan Di Media Sosial. Niat Saya Bukan Untuk Menunjuk Hebat Atau Pandai Tapi Saya Hanya Sekadar Untuk Suka-Suka Saja Dengan Niat Untuk Memberi Semangat Dan Inspirasi Kepada Kawan-Kawan Saya Supaya Dapat Meneruskan Kehidupan Ini Dengan Hati Yang Bahagia Walau Kehidupan Ini Penuh Dengan Dugaan.


Itu Adalah Serba Sedikit Tentang Diri Saya Yang Penuh Dengan Kepahitan Dan Warna-Warni Kehidupan Yang Perlu Saya Lalui Dengan Hati Yang Tabah Kerana Saya Tahu Bahawa Allah Beri Ujian Ini Kerana Allah Tahu Saya Kuat Untuk Hadapinya Dan Allah Sangat Sayangkan Saya.

Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
YouTube: Haikal Rider
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Pantun:-

Kenangan Manis Akan Dikenang,
Buatkan Ramai Insan Selalu Ceria,
Hati Biar Sentiasa Nampak Tenang,
Agar Hidup Dipenuhi Rasa Bahagia.

~ ~ ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menarik

Cerpen: Perginya Suhaila Kekasihku

Assalamualaikum Dan Salam Bahagia. Kali Ini Saya Ingin Mempersembahkan Antara Cerpen Terbaru Saya. Sebenarnya Penghasilannya Terhen...