Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.
Puisi Saya Kali Ini, Jika Ditafsirkan Sebagai Sebuah Percintaan, Ia Adalah Puisi Mengenai Tentang Keindahan Seseorang Tetapi Jika Ditafsirkan Puisi ini Mengikut Keagamaan, Ia Adalah Puisi Mengenai Syurga Allah Yang Penuh Dengan Kenikmatan Yang Tidaklah Layak Untuk Kita Yang Pendosa Ini.
Puisi
Dirimu Jannah
Anggun dirimu,
Laksana cahaya menyinari,Tiada setanding sinarmu,
Jika ku belai cahaya itu,
Pastinya kabus menggelap,
Kerana aku tidak upaya,
Untuk menyinari sinarmu.
Semerbak dirimu,
Bagaikan bunga mewangi,
Tiada setanding harummu,
Jika ku belai harum bunga itu,
Pastinya gugur membusuk,
Kerana aku tidak mampu,
Untuk menjaga harummu.
Wajah dirimu,
Seperti pelangi mewarnai,
Tiada setanding cantikmu,
Jika ku belai pelangi itu,
Pastinya kotor menghitam,
Kerana aku tidak sempurna,
Untuk menghiasi cantikmu.
Semerdu dirimu,
Ibarat suasana embun pagi,
Tiada setanding suaramu,
Jika ku belai suasana itu,
Pastinya bising berkicau,
Kerana aku tidak layak,
Untuk mendekati suaramu.
(Karya: Haikal Rider, Maniskan Dalam Senyuman)
Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.
Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider
Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-
Jika Kita Inginkan Kebahagiaan Di Akhirat Kelak, Maka Berubahlah Ke Arah Kebaikan Agar Kehidupan Kita Sentiasa Diberkati Oleh Allah.
~ ~ ~
