Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.
Saya Haikal Rider yang telah dipenuhi impian oleh Make-A-Wish Malaysia. Pada mulanya, saya tidak pernah terfikir bahawa impian saya akan dipenuhi tetapi apabila Make-A-Wish Malaysia memilih saya untuk dipenuhi impian, saya rasa sangat bertuah.
Sepanjang impian saya dipenuhi, saya dilayan dengan penuh kasih sayang oleh sukarelawan Make-A-Wish Malaysia. Aktiviti pertama saya pada hari itu adalah belajar cara melukis menggunakan iPad Pro.
Selain itu, saya dibawa ke bilik muzik untuk merasakan bermain alat muzik yang sangat saya minati iaitu drum buat pertama kali dalam hidup saya.
Disamping itu, saya dipersembahkan pula dengan mini galeri pertama saya yang dihasilkan oleh beberapa guru dan pelajar di Garden International School dengan dihiasi beberapa lukisan saya.
Seterusnya, saya amat bersyukur ketika saya dikejutkan dengan sebuah hadiah yang saya tidak pernah terfikir akan dapatkannya iaitu iPad Pro.
Aktiviti terakhir saya pada hari itu adalah makan makanan kegemaran saya yang telah dihidangkan iaitu KFC bersama keluarga serta sukarelawan Make-A-Wish Malaysia.
(Belajar Cara Melukis Menggunakan iPad Pro)
Selain itu, saya dibawa ke bilik muzik untuk merasakan bermain alat muzik yang sangat saya minati iaitu drum buat pertama kali dalam hidup saya.
(Pengalaman Pertama Saya Bermain Drum)
Disamping itu, saya dipersembahkan pula dengan mini galeri pertama saya yang dihasilkan oleh beberapa guru dan pelajar di Garden International School dengan dihiasi beberapa lukisan saya.
(Mini Galeri Pertama Saya)
Seterusnya, saya amat bersyukur ketika saya dikejutkan dengan sebuah hadiah yang saya tidak pernah terfikir akan dapatkannya iaitu iPad Pro.
(Sesi Semasa Saya Mendapat Hadiah)
Aktiviti terakhir saya pada hari itu adalah makan makanan kegemaran saya yang telah dihidangkan iaitu KFC bersama keluarga serta sukarelawan Make-A-Wish Malaysia.
Dalam setiap kegembiraan saya, terselitnya sebuah kesedihan yang penuh dengan keperitan kerana saya antara salah seorang pesakit Duchenne Muscular Dystrophy.
Perkara yang buatkan saya menjadi tabah dalam menghadapi penyakit ini adalah ramai orang beri saya kata-kata semangat yang penuh dengan inspirasi dan mereka sudi mendoakan kesejahteraan saya. Penyakit ini banyak mengajar saya tentang kesabaran dan mendidik saya supaya sentiasa berfikiran positif atas setiap dugaan yang berlaku.

Kesimpulannya, impian saya yang telah dipenuhi itu banyak memberi kesan yang positif terhadap aktiviti saya dalam melukis dan bermain muzik. iPad Pro itu membuatkan saya lebih ke arah melukis kartun, menghasilkan reka bentuk sendiri dengan menggunakan kepelbagaian bentuk grafik dan saya dapat belajar bermain muzik kerana dalam iPad Pro itu sudah tersedia aplikasi muzik. Pengalaman ini sangat memberi saya keyakinan untuk belajar menjadi seorang pelukis yang profesional dan mengajar saya untuk menciptakan melodi muzik sendiri. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Make-A-Wish Malaysia kerana telah mempenuhi impian saya.
Itu Adalah Serba Sedikit Tentang Pengalaman Saya Bersama Make-A-Wish Malaysia. Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Make-A-Wish Malaysia Kerana Telah Berusaha Mempenuhi Impian Saya.
Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.
Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider
(Saya Sekeluarga Bergambat Bersama Sukarelawan Make-A-Wish Malaysia)
Itu Adalah Serba Sedikit Tentang Pengalaman Saya Bersama Make-A-Wish Malaysia. Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Make-A-Wish Malaysia Kerana Telah Berusaha Mempenuhi Impian Saya.
Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.
Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider
Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Mutiara:-
Tidak Semua Impian Akan Kita Perolehi Tetapi Percayalah Bahawa Setiap Apa Yang Telah Kita Perolehi Itu Adalah Keperluan Untuk Kita Terus Hidup.
~ ~ ~