Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.
Kini Saya Seorang Yang Gemar Menciptakan Sebuah Puisi Kerana Ia Mampu Membuatkan Hati Saya Menjadi Tenang Semasa Mencari Idea. Disamping Itu, Bertujuan Untuk Saya Memberi Inspirasi Dan Iktibar Kepada Pembaca.
Puisi
Peluang Sebelum Mati
Mati,
Itu pasti,
Tapi,
Jika tiada amal,
Terseksa nanti,
Di sana,
Hanya ada dua jalan,
Ke syurga,
Atau ke neraka,
Masa ini,
Kita masih hidup,
Masih ada peluang,
Untuk terus beramal,
Gunalah kesempatan ini,
Supaya tidak tersalah jalan,
Antara dua jalan itu.
Syurga,
Terdapat malaikat penyayang,
Bidadari cantik belaka,
Sungainya indah,
Dengan mengalirnya susu,
Buahnya petik sahaja
Pokoknya rendang,
Semua kita inginkan,
Hanya minta sahaja,
Neraka,
Terdapat malaikat berang,
Api menjulang-julang,
Kepanasannya mencakar,
Dengan kesakitannya perit,
Makanannya ngeri sahaja,
Minumannya jijik,
Semua kita inginkan
Hanya dilupakan sahaja.
Jadi,
Penjelasannya sudah diberi,
Hanya kita perlu berubah,
Perlu pandai merebut peluang,
Untuk menuju kebahagiaan,
Di sana kelak,
Moga kita terpilih,
Agar dimasukkan ke syurga,
Bersama rahmat Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim.
(Karya: Haikal Rider, Maniskan Dalam Senyuman)
Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.
Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider
Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-
Hidup Di Dunia Ini, Janganlah Kita Melakukan Perkara Sesuka Hati Kerana Setiap Perbuatan Kita Akan Disoal Oleh Allah Di Akhirat Kelak.
