Isnin, 4 September 2017

Syukur Dan Redha Itu Nikmat


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Kali Ini Saya ingin Mengkongsikan Tentang Erti Kesyukuran Dalam Hidup Saya Dan Saya Juga Ingin Mengkongsikan Tentang Nikmat-Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Redha Walaupun Diuji Dengan Dugaan Yang Begitu Besar.


Sebelum Ini, Saya Telah Menceritakan Tentang Penyakit Saraf Saya Iaitu Duchenne Muscular Dystrophy. Penyakit Yang Memerlukan Semangat Dan Ketabahan Yang Sangat Kental Untuk Menghadapi Segala Onak Duri Yang Akan Ditempuhi. Penyakit Inilah Yang Mendidik Saya Supaya Sentiasa Bersyukur Kepada Allah Walaupun Saya Harus Menempuhi Dugaan Yang Besar Ini.


Erti Kesyukuran Dalam Hidup Saya

Dalam Hidup Saya, Kesyukuran Boleh Disama Ertikan Seperti Menerima Sesuatu Keadaan Dengan Hati Yang Ikhlas Disamping Redha Dengan Segala Dugaan Yang Kita Tempuhi. Bagi Pendapat Saya, Kesyukuran Mampu Membuatkan Kita Mampu Menerima Sesuatu Ujian Hidup Tanpa Menyalahkan Takdir Yang Telah Ditentukan Oleh Allah. Namun, Sebelum Saya Mengenal Erti Kesyukuran, Saya Selalu Menangis Dalam Hati Apabila Mengenangkan Nasib Hidup Saya Yang Tidak Mampu Lagi Berjalan Seperti Dahulu. Lama-Kelamaan, Hati Saya Mula Terdetik Untuk Memikirkan Sampai Bila Saya Harus Menangis Atau Tidak Redha Dengan Dugaan Yang Harus Saya Tempuhi Ini Kerana Allah Masih Beri Saya Peluang Untuk Teruskan Hidup. Setelah Itu, Saya Mula Mengenal Erti Kesyukuran Yang Mampu Membuatkan Saya Sentiasa Tabah Dalam Menempuhi Ujian Penyakit Ini.


Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Redha

Sebelum Saya Ingin Mengkongsikan Tentang Nikmat-Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Redha, Saya Ingin Mengkongsikan Dahulu Tentang Orang Kata Mengenai Keistimewaan Redha Iaitu "Jika Kita Sentiasa Redha Dalam Menempuhi Ujian Daripada Allah, Pasti Nikmat Kehidupan Serta Nikmat Kebahagiaan Akan Dapat Kita Kecapi". Betul Dan Tepat Sekali Kerana Banyak Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Redha Dalam Menempuhi Dugaan Ini Iaitu Saya Dilayan Dengan Penuh Kasih Sayang Daripada Orang Di Sekeliling Saya. Seterusnya, Ramai Insan Yang Sudi Memberi Saya Semangat Dan Mendoakan Kesejahteraan Saya. Dalam Pada Itu, Saya Banyak Diberi Hadiah Seperti Sebuah Komputer Apple iMac Daripada Pengasas Produk Kecantikan Iaitu Kak Ton, Sebuah Apple iPad Pro Daripada Make-A-Wish Malaysia Kerana Saya Telah Dipilih Dipenuhi Impian, Sebuah Set Lukisan Daripada Keluarga Saya Dari Singapura, Sebuah Jam Tangan Dan Keychain Serta Hadiah-Hadiah Lain Lagi. Selanjutnya, Saya Sentiasa Dekat Dengan Kasih Sayang Daripada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Kesimpulannya, Segala Cerita Dan Perkongsian Di Atas Adalah Mengenai Tentang Erti Kesyukuran Dalam Hidup Saya Serta Nikmat-Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Cuba Berusaha Untuk Terus Redha Dalam Menempuhi Dugaan Ini.


Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-

Tidak Salah Kalau Kita Ingin Menangis Setelah Diri Kita Diuji Tetapi Yang Menjadi Salah Apabila Kita Menyalahkan Takdir Yang Telah Ditentukan Oleh Allah.

~ ~ ~

Menarik

Cerpen: Perginya Suhaila Kekasihku

Assalamualaikum Dan Salam Bahagia. Kali Ini Saya Ingin Mempersembahkan Antara Cerpen Terbaru Saya. Sebenarnya Penghasilannya Terhen...