Khamis, 26 Oktober 2017

Puisi: Aku Dan Dunia Menaip


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Puisi Saya Kali Ini, Mencerita Tentang Cinta Saya Kepada Dunia Penulisan Yang Banyak Mengajarkan Saya Tentang Erti Kehidupan Dan Perasaan Benci Saya Terhadap Penulisan Yang Berunsur Cacian Serta Tujuan Saya Menaip Iaitu Mengkongsikan Cerita Tentang Hidup Saya.

Puisi
Aku Dan Dunia Menaip

Aku menaip bukan kerana hebat,
Bukan juga kerana aku berbakat,
Aku menaip asbab cintakan penulisan,
Penulisan yang indah bahasanya,
Dengan harmoni susunan ayatnya,
Hanya untuk meraikan kedamaian,
Yang tiada berbaur kekecaman,
Aku juga menaip atas dasar falsafah,
Yang dikupas cerita dalam kehidupan,
Sebagai iktibar dan semangat hidup,
Sekiranya aku terlihat bahasa cacian,
Aku menjadi benci untuk membacanya,
Lantaran bahasanya tiada nilai kesopanan,
Aku juga menaip untuk berceritera,
Segala yang pernah aku rasakan,
Meskipun bahagia atau sebaliknya.

(Karya: Haikal Rider, Maniskan Dalam Senyuman)


Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-

Setiap Apa Yang Kita Tuliskan Menunjukkan Peribadi Kita Sendiri Sama Ada Baik Atau Jahat. Penulisan Yang Berunsur Cacian Membuatkan Hati Jadi Benci-Membenci Manakala Penulisan Yang Penuh Dengan Kata-Kata Mutiara Membuatkan Hati Menjadi Kasih-Mengasihani.

~ ~ ~

Sabtu, 16 September 2017

Puisi: Dirimu Jannah


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Puisi Saya Kali Ini, Jika Ditafsirkan Sebagai Sebuah Percintaan, Ia Adalah Puisi Mengenai Tentang Keindahan Seseorang Tetapi Jika Ditafsirkan Puisi ini Mengikut Keagamaan, Ia Adalah Puisi Mengenai Syurga Allah Yang Penuh Dengan Kenikmatan Yang Tidaklah Layak Untuk Kita Yang Pendosa Ini.

Puisi
Dirimu Jannah

Anggun dirimu,
Laksana cahaya menyinari,
Tiada setanding sinarmu,
Jika ku belai cahaya itu,
Pastinya kabus menggelap,
Kerana aku tidak upaya,
Untuk menyinari sinarmu.

Semerbak dirimu,
Bagaikan bunga mewangi,
Tiada setanding harummu,
Jika ku belai harum bunga itu,
Pastinya gugur membusuk,
Kerana aku tidak mampu,
Untuk menjaga harummu.

Wajah dirimu,
Seperti pelangi mewarnai,
Tiada setanding cantikmu,
Jika ku belai pelangi itu,
Pastinya kotor menghitam,
Kerana aku tidak sempurna,
Untuk menghiasi cantikmu.

Semerdu dirimu,
Ibarat suasana embun pagi,
Tiada setanding suaramu,
Jika ku belai suasana itu,
Pastinya bising berkicau,
Kerana aku tidak layak,
Untuk mendekati suaramu.

(Karya: Haikal Rider, Maniskan Dalam Senyuman)

Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-

Jika Kita Inginkan Kebahagiaan Di Akhirat Kelak, Maka Berubahlah Ke Arah Kebaikan Agar Kehidupan Kita Sentiasa Diberkati Oleh Allah.

~ ~ ~

Isnin, 4 September 2017

Syukur Dan Redha Itu Nikmat


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Kali Ini Saya ingin Mengkongsikan Tentang Erti Kesyukuran Dalam Hidup Saya Dan Saya Juga Ingin Mengkongsikan Tentang Nikmat-Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Redha Walaupun Diuji Dengan Dugaan Yang Begitu Besar.


Sebelum Ini, Saya Telah Menceritakan Tentang Penyakit Saraf Saya Iaitu Duchenne Muscular Dystrophy. Penyakit Yang Memerlukan Semangat Dan Ketabahan Yang Sangat Kental Untuk Menghadapi Segala Onak Duri Yang Akan Ditempuhi. Penyakit Inilah Yang Mendidik Saya Supaya Sentiasa Bersyukur Kepada Allah Walaupun Saya Harus Menempuhi Dugaan Yang Besar Ini.


Erti Kesyukuran Dalam Hidup Saya

Dalam Hidup Saya, Kesyukuran Boleh Disama Ertikan Seperti Menerima Sesuatu Keadaan Dengan Hati Yang Ikhlas Disamping Redha Dengan Segala Dugaan Yang Kita Tempuhi. Bagi Pendapat Saya, Kesyukuran Mampu Membuatkan Kita Mampu Menerima Sesuatu Ujian Hidup Tanpa Menyalahkan Takdir Yang Telah Ditentukan Oleh Allah. Namun, Sebelum Saya Mengenal Erti Kesyukuran, Saya Selalu Menangis Dalam Hati Apabila Mengenangkan Nasib Hidup Saya Yang Tidak Mampu Lagi Berjalan Seperti Dahulu. Lama-Kelamaan, Hati Saya Mula Terdetik Untuk Memikirkan Sampai Bila Saya Harus Menangis Atau Tidak Redha Dengan Dugaan Yang Harus Saya Tempuhi Ini Kerana Allah Masih Beri Saya Peluang Untuk Teruskan Hidup. Setelah Itu, Saya Mula Mengenal Erti Kesyukuran Yang Mampu Membuatkan Saya Sentiasa Tabah Dalam Menempuhi Ujian Penyakit Ini.


Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Redha

Sebelum Saya Ingin Mengkongsikan Tentang Nikmat-Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Redha, Saya Ingin Mengkongsikan Dahulu Tentang Orang Kata Mengenai Keistimewaan Redha Iaitu "Jika Kita Sentiasa Redha Dalam Menempuhi Ujian Daripada Allah, Pasti Nikmat Kehidupan Serta Nikmat Kebahagiaan Akan Dapat Kita Kecapi". Betul Dan Tepat Sekali Kerana Banyak Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Redha Dalam Menempuhi Dugaan Ini Iaitu Saya Dilayan Dengan Penuh Kasih Sayang Daripada Orang Di Sekeliling Saya. Seterusnya, Ramai Insan Yang Sudi Memberi Saya Semangat Dan Mendoakan Kesejahteraan Saya. Dalam Pada Itu, Saya Banyak Diberi Hadiah Seperti Sebuah Komputer Apple iMac Daripada Pengasas Produk Kecantikan Iaitu Kak Ton, Sebuah Apple iPad Pro Daripada Make-A-Wish Malaysia Kerana Saya Telah Dipilih Dipenuhi Impian, Sebuah Set Lukisan Daripada Keluarga Saya Dari Singapura, Sebuah Jam Tangan Dan Keychain Serta Hadiah-Hadiah Lain Lagi. Selanjutnya, Saya Sentiasa Dekat Dengan Kasih Sayang Daripada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Kesimpulannya, Segala Cerita Dan Perkongsian Di Atas Adalah Mengenai Tentang Erti Kesyukuran Dalam Hidup Saya Serta Nikmat-Nikmat Yang Telah Saya Terima Setelah Saya Cuba Berusaha Untuk Terus Redha Dalam Menempuhi Dugaan Ini.


Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-

Tidak Salah Kalau Kita Ingin Menangis Setelah Diri Kita Diuji Tetapi Yang Menjadi Salah Apabila Kita Menyalahkan Takdir Yang Telah Ditentukan Oleh Allah.

~ ~ ~

Isnin, 7 Ogos 2017

Puisi: Peluang Sebelum Mati


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Kini Saya Seorang Yang Gemar Menciptakan Sebuah Puisi Kerana Ia Mampu Membuatkan Hati Saya Menjadi Tenang Semasa Mencari Idea. Disamping Itu, Bertujuan Untuk Saya Memberi Inspirasi Dan Iktibar Kepada Pembaca.

Puisi
Peluang Sebelum Mati

Mati,
Itu pasti,
Tapi,
Jika tiada amal,
Terseksa nanti,
Di sana,
Hanya ada dua jalan,
Ke syurga,
Atau ke neraka,
Masa ini,
Kita masih hidup,
Masih ada peluang,
Untuk terus beramal,
Gunalah kesempatan ini,
Supaya tidak tersalah jalan,
Antara dua jalan itu.

Syurga,
Terdapat malaikat penyayang,
Bidadari cantik belaka,
Sungainya indah,
Dengan mengalirnya susu,
Buahnya petik sahaja
Pokoknya rendang,
Semua kita inginkan,
Hanya minta sahaja,

Neraka,
Terdapat malaikat berang,
Api menjulang-julang,
Kepanasannya mencakar,
Dengan kesakitannya perit,
Makanannya ngeri sahaja,
Minumannya jijik,
Semua kita inginkan
Hanya dilupakan sahaja.

Jadi,
Penjelasannya sudah diberi,
Hanya kita perlu berubah,
Perlu pandai merebut peluang,
Untuk menuju kebahagiaan,
Di sana kelak,
Moga kita terpilih,
Agar dimasukkan ke syurga,
Bersama rahmat Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim.

(Karya: Haikal Rider, Maniskan Dalam Senyuman)

Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-

Hidup Di Dunia Ini, Janganlah Kita Melakukan Perkara Sesuka Hati Kerana Setiap Perbuatan Kita Akan Disoal Oleh Allah Di Akhirat Kelak.

~ ~ ~

Rabu, 12 Julai 2017

Haikal Rider Bersama Make-A-Wish Malaysia


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Saya Haikal Rider yang telah dipenuhi impian oleh Make-A-Wish Malaysia. Pada mulanya, saya tidak pernah terfikir bahawa impian saya akan dipenuhi tetapi apabila Make-A-Wish Malaysia memilih saya untuk dipenuhi impian, saya rasa sangat bertuah.

Sepanjang impian saya dipenuhi, saya dilayan dengan penuh kasih sayang oleh sukarelawan Make-A-Wish Malaysia. Aktiviti pertama saya pada hari itu adalah belajar cara melukis menggunakan iPad Pro.

(Belajar Cara Melukis Menggunakan iPad Pro)

Selain itu, saya dibawa ke bilik muzik untuk merasakan bermain alat muzik yang sangat saya minati iaitu drum buat pertama kali dalam hidup saya.

(Pengalaman Pertama Saya Bermain Drum)

Disamping itu, saya dipersembahkan pula dengan mini galeri pertama saya yang dihasilkan oleh beberapa guru dan pelajar di Garden International School dengan dihiasi beberapa lukisan saya.

(Mini Galeri Pertama Saya)

Seterusnya, saya amat bersyukur ketika saya dikejutkan dengan sebuah hadiah yang saya tidak pernah terfikir akan dapatkannya iaitu iPad Pro.

(Sesi Semasa Saya Mendapat Hadiah)

Aktiviti terakhir saya pada hari itu adalah makan makanan kegemaran saya yang telah dihidangkan iaitu KFC bersama keluarga serta sukarelawan Make-A-Wish Malaysia.


Dalam setiap kegembiraan saya, terselitnya sebuah kesedihan yang penuh dengan keperitan kerana saya antara salah seorang pesakit Duchenne Muscular Dystrophy.


Perkara yang buatkan saya menjadi tabah dalam menghadapi penyakit ini adalah ramai orang beri saya kata-kata semangat yang penuh dengan inspirasi dan mereka sudi mendoakan kesejahteraan saya. Penyakit ini banyak mengajar saya tentang kesabaran dan mendidik saya supaya sentiasa berfikiran positif atas setiap dugaan yang berlaku.

Kesimpulannya, impian saya yang telah dipenuhi itu banyak memberi kesan yang positif terhadap aktiviti saya dalam melukis dan bermain muzik. iPad Pro itu membuatkan saya lebih ke arah melukis kartun, menghasilkan reka bentuk sendiri dengan menggunakan kepelbagaian bentuk grafik dan saya dapat belajar bermain muzik kerana dalam iPad Pro itu sudah tersedia aplikasi muzik. Pengalaman ini sangat memberi saya keyakinan untuk belajar menjadi seorang pelukis yang profesional dan mengajar saya untuk menciptakan melodi muzik sendiri. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Make-A-Wish Malaysia kerana telah mempenuhi impian saya.

(Saya Sekeluarga Bergambat Bersama Sukarelawan Make-A-Wish Malaysia)

Itu Adalah Serba Sedikit Tentang Pengalaman Saya Bersama Make-A-Wish Malaysia. Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Make-A-Wish Malaysia Kerana Telah Berusaha Mempenuhi Impian Saya.

Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Mutiara:-

Tidak Semua Impian Akan Kita Perolehi Tetapi Percayalah Bahawa Setiap Apa Yang Telah Kita Perolehi Itu Adalah Keperluan Untuk Kita Terus Hidup.

~ ~ ~

Rabu, 29 Mac 2017

Tujuan Blog Inspirasi Haikal Rider


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Pastinya Akan Ada Orang Yang Tertanya-Tanya Tentang Idea Tercetusnya Blog Saya Ini. Atas Sokongan Anda, Kali Ini Saya Akan Mengkongsikan Cerita Tentang Tujuan Saya Buat Blog Inspirasi Haikal Rider Ini. Sebenarnya, Memang Sejak Dari Dulu Lagi Saya Berhasrat Untuk Buat Blog Seperti Ini Tapi Saya Tidak Begitu Pandai. Sehinggalah Saya Tekad Untuk Belajar Sendiri Cara Buat Blog. Baiklah, Saya Akan Mengkongsikan Tujuan Saya Buat Blog Ini Dengan Membahagikan Kepada Tiga Cerita Iaitu Idea Tercetusnya Nama Tema Blog Ini Dan Sebab Blog Ini Dibuat Serta Harapan Saya Disebalik Blog Ini.


Idea Tercetusnya Nama Tema Blog Ini

Saya Berikan Nama Tema Dalam Blog Ini Mengikut Apa Yang Orang Anggapkan Tentang Diri Saya Iaitu Saya Sebagai Inspirasi Dan Motivasi Kepada Insan Lain, Sebab Itu Saya Berikan Nama Tema Dalam Blog Ini Sebagai "INSPIRASI HAIKAL RIDER". Pada Pendapat Saya, Makna Inspirasi Boleh Didefinisikan Sebagai Pemberi Semangat Serta Motivasi Kepada Insan Yang Sangat Memerlukan Bimbingan Dan Nasihat Untuk Berjaya Dalam Mendidik Hati Mereka Supaya Sentiasa Tabah. 

Bagi Saya, Jika Saya Berjaya Memberi Semangat Kepada Insan Lain, Itu Juga Mampu Menguatkan Hati Saya Sendiri. Perkara Yang Membuatkan Saya Tetap Tersenyum Dan Tabah Walau Saya Banyak Diduga Dengan Ujian Yang Begitu Besar Adalah Ramai Insan Yang Sudi Beri Saya Kata-Kata Semangat Yang Penuh Dengan Inspirasi Dan Sudi Mendoakan Kesejahteraan Saya. Nasihat Saya, Penuhkanlah Kehidupan Ini Dengan Kata-Kata Inspirasi Dan Semangat Supaya Kehidupan Ini Dipenuhi Dengan Ketenangan Serta Kebahagiaan.


Sebab Blog Inspirasi Haikal Rider Ini Dibuat

Secara Ikhlas Dan Jujurnya, Sebab Blog Ini Saya Buat Adalah Supaya Masyarakat Di Luar Sana Tahu Bahawa Orang Kurang Upaya Seperti Saya Ini Mampu Bangkit Dan Bersemangat Dalam Meneruskan Kehidupan Yang Penuh Ujian Ini Dengan Hati Yang Tabah Serta Berfikiran Positif. Saya Tahu, Sebahagian Orang Pasti Akan Memandang Pelik Atau Memandang Hanya Sebelah Mata Bila Melihat Kekurangan Dan Kecacatan Saya Ini, Namun Perkara Itu Tidaklah Mematahkan Semangat Saya Kerana Lumrah Kehidupan Memang Begitu. Perjalanan Hidup Kita Masih Jauh Lagi. Kita Tidak Tahu Akan Nasib Kita Pada Masa Hadapan. Jadi, Usahlah Kita Menghina Atau Memandang Rendah Terhadap Insan Yang Penuh Dengan Kekurangan. Kami Tidak Pernah Minta Dilahirkan Sebegini. Oleh Itu, Anda Patut Bersyukur Kerana Masih Diberi Kesihatan Dan Sihat Tubuh Badan. 

Selain Itu, Antara Sebab-Sebab Lain Blog Ini Saya Buat Adalah Untuk Memberi Semangat Kepada Insan Yang Lemah Seperti Saya Supaya Dapat Teruskan Kehidupan Ini Dengan Hati Yang Bahagia Serta Bertujuan Untuk Memberi Iktibar Dan Inspirasi Semasa Anda Membaca Atau Melawat Blog Saya Ini. Disamping Itu, Saya Juga Akan Menceritakan Tentang Diri Saya Dalam Blog Ini Serta Mengkongsikan Karya Saya.


Harapan Saya Disebalik Blog Ini

Setiap Insan Termasuk Orang Kurang Upaya Seperti Saya Ini Pasti Akan Ada Suatu Harapan Yang Diinginkan Atau Diimpikan. Harapan Boleh Kita Maksudkan Sebagai Impian, Impian Yang Ingin Dimiliki Oleh Setiap Insan. Harapan Saya Disebalik Blog Ini Adalah Ingin Membuka Minda Kepada Insan Yang Diduga Dengan Kekurangan Supaya Mereka Ada Keyakinan Dalam Diri Dan Tidak Merasa Tertekan. Jika Ingin Tahu, Dulu Saya Juga Pernah Ada Rasa Terdetik Dalam Hati Ingin Menangis Bila Terkenangkan Nasib Hidup Ini Tetapi Lama-Kelamaan Saya Mula Terfikirkan Kembali, Sampai Bila Saya Harus Menangis? Menangis Tidak Mampu Untuk Merubahkan Kekurangan Kita Kepada Yang Lebih Baik, Sebaliknya Lebih Membuatkan Kita Rasa Berputus Asa Dalam Meneruskan Hidup. 

Selain Itu, Harapan Saya Disebalik Blog Ini Adalah Ingin Menyedarkan Masyarakat Diluar Sana Supaya Anda Juga Mampu Membuatkan Kami Yang Penuh Kekurangan Ini Terus Merasa Semangat Dengan Memberi Nasihat Yang Berguna. Marilah Kita Sama-Sama Menyemaikan Perasaan Kasih Sayang Sesama Insan Sama Ada Kepada Orang Normal Atau Kepada Orang Kurang Upaya Supaya Kehidupan Ini Dipenuhi Dengan Keindahan Kasih Sayang.


Kesimpulannya, Segala Cerita Dan Perkongsian Di Atas Adalah Mengenai Tujuan Saya Buat Blog Inspirasi Haikal Rider Ini Dengan Membahagikan Kepada Tiga Cerita Iaitu Idea Tercetusnya Nama Tema Blog Ini, Sebab Blog Ini Dibuat Dan Harapan Saya Disebalik Blog Ini.

Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Pantun:-

Ramai Orang Pergi Pasar Tani,
Hajat Dihati Ingin Ikut Sekali,
Impian Diinginkan Pasti Dikecapi,
Jika Tujuannya Ikhlas Dan Murni.

~ ~ ~

Jumaat, 24 Mac 2017

Tentang Hobi Haikal Rider


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Kali Ini Saya Ingin Mengkongsikan Cerita Tentang Hobi Saya. Saya Mempunyai Pelbagai Hobi Iaitu Melukis, Menyanyi Dan Menulis Kata-Kata Mutiara.

Melukis

Saya Mulakan Hobi Melukis Ini Sejak Saya Kecil Lagi. Seingat Dulu, Saya Selalu Melukis Di Atas Kertas Kecil Yang Dibeli Oleh Emak Dan Abah Saya. Pelbagai Lukisan Telah Saya Lukis Mengikut Imajinasi Saya Masa Kecil Dulu. Jika Ingin Tahu, Masa Saya Dalam Umur 6 Tahun Hingga Ke Hari Ini, Saya Sangat Meminati Sebuah Buku Majalah Kartun Lawak Yang Bernama "Ujang". Sehinggakan Saya Belajar Sendiri Untuk Melukis Kartun-Kartun Yang Ada Di Dalam Majalah Itu.


~ ~ ~ 
~ ~ ~
~ ~ ~
(Empat Gambar Tersebut Adalah Lukisan Yang Saya Lukis Pada Tahun Ini
Mengikut Kartun Yang Terdapat Dalam Majalah Ujang)

Perkara Yang Saya Sangat Hargai Dalam Seni Lukis Adalah Saat Menerima Penghargaan Dan Kata-Kata Semangat Daripada Salah Seorang Pelukis Di Dalam Majalah Ujang.

(Gambar Tersebut Adalah Lukisan Yang Saya Lukis Disertakan Dengan Kata-Kata Semangat Daripada Abang Sukun Yang Diberitahu Oleh Abang Jamb)

Sebenarnya Ada Banyak Lagi Yang Saya Lukis Mengikut Kartun Yang Terdapat Dalam Majalah Ujang Tapi Buku Lukisan Saya Yang Dulu Sudah Pun Hilang. Sementara Itu, Ada Lagi Lukisan Kartun Lain Yang Saya Lukis. Contohnya, Kartun Wanita Solehah, Kartun Pemuda Soleh Dan Lain-Lain Lagi.

~ ~ ~
 ~ ~ ~
~ ~ ~
 ~ ~ ~
 ~ ~ ~
 ~ ~ ~
 ~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
(Empat Belas Gambar Tersebut Adalah Lukisan Yang Saya Lukis
Mengikut Pelbagai Jenis Kartun)

Selain Itu, Pada Awal Tahun Ini, Saya Ada Belajar Sendiri, Sedikit Demi Sedikit Melukis Wajah Orang Untuk Mahirkan Diri Saya Dalam Melukis Wajah Orang.

 (Lukisan Wajah Adik Aifa Dilukis Oleh Saya)

(Lukisan Wajah Adik Fayyad Iaitu Anak Kepada Cik Norita Sheila
Dilukis Oleh Saya)

(Lukisan Wajah Abang Zakwan Dilukis Oleh Saya)

(Lukisan Wajah Kak Fairuz Dilukis Oleh Saya)

(Lukisan Wajah Emak Saya Yang Tersayang Dilukis Oleh Saya)

(Lukisan Wajah Abah Saya Yang Tersayang Dilukis Oleh Saya)

Disamping Itu, Saya Juga Pernah Buat Satu Design Lukisan Sebuah Kumpulan Busking Yang Bernama "Parasit Busker" Dengan Melukis Gitar Yang Tersandar Di Dinding Berbentuk 3D Dan Menulis Nama Kumpulan Mereka. Kumpulan Busking Ini Beroperasi Di Negeri Johor Dan Diketuai Oleh Abang Khairul Yang Sangat Pandai Bermain Gitar.

(Lukisan Gitar Dan Nama Kumpulan Busking Parasit Busker Dilukis Oleh Saya)

Pada Bulan November 2016, Saya Diberi Kejutan Istimewa Daripada Make-A-Wish Malaysia, Volunteer Oleh Abang Ariffin Dengan Menunaikan Impian Dan Hajat Saya Iaitu Ingin Sebuah Gadget (I-Pad Pro) Untuk Melukis Secara Digital Dan Sebuah Mini Galeri Lukisan-Lukisan Saya.

(Lukisan Bunga Ros Dilukis Oleh Saya Dengan Menggunakan I-Pad Pro)

Seterusnya, Saya Ada Banyak Berkawan Dengan Pelukis-Pelukis Yang Hebat. Saya Kenal Mereka Di Dalam Satu Group Lukisan Di Facebook Yang Diberi Nama Sebagai "Sketchbook". Saya Juga Ada Join Satu Group Lukisan Kartun-Kartun Melayu Di Facebook Yang Diberi Nama Sebagai "Kartun Gegaris". Kedua-Dua Group Tersebut Terdapat Banyak Lukisan Sketch Dan Lukisan Kartun Yang Menarik. Dari Group Itu Juga Saya Dapat Begitu Banyak Sokongan Untuk Saya Sentiasa Bersemangat Dalam Meneruskan Aktiviti Seni Lukis Ini Kerana Kawan-Kawan Pelukis Saya Itu Sudi Melukis Wajah Saya Untuk Memberi Saya Semangat. Antara Lukisan-Lukisan Itu Adalah Seperti Berikut:-

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Cikgu Azhar)

 (Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abangcik Man Kajang)

 (Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Tok Ki)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Farid)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Abang Nizam)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Kak Rose Ami)


(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Ibrahim)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Hazizul)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Uncle Lanitam)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Pak Wan Imran)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Nizar)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Kamaruszaman Rus KR)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Arif)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Nazim)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Brader Lan)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Fatah)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Atok King)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Izuani)

(Lukisan Berdialog Kartun Saya Dilukis Oleh Abang Pheno Menon)

(Lukisan Kartun Saya Dilukis Oleh Chik Man)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Syahrul)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Azizan)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Kak Maria)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Fharees)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Cik Bakar JKR)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Puteh Sephia)

(Lukisan Kartun Saya Dilukis Oleh Abang Syamsul)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Kak Farida)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Jinz Kelewa)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Nazri)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Dur Jasmin)

(Lukisan Wajah Saya Dilukis Oleh Abang Zulkifli)

Selain Itu, Saya Juga Pernah Dihadiahkan Sebuah Mini Galeri (Pameran Lukisan) Oleh Make-A-Wish Malaysia Yang Terdapat Sebahagian Lukisan-Lukisan Yang Telah Saya Lukis.

(Mini Galeri Pertama Saya)

Semua Cerita Di Atas Adalah Tentang Hobi Saya Dalam Melukis Dan Mengenai Penglibatan Saya Dalam Aktiviti Seni Lukis.

Menyanyi

Saya Minat Dalam Aktiviti Menyanyi Sejak Saya Berumur 13 Tahun Hingga Ke Hari Ini. Dulu Seingat Saya, Saya Suka Sangat Menyanyi Seorang Diri Dan Jika Ada Orang Disekeliling, Saya Akan Menyanyi Dalam Hati Kerana Saya Ada Sifat Terlalu Malu. Tapi Kini Saya Tidak Lagi Begitu Kerana Saya Sudah Pun Ada Keyakinan Dalam Diri. Saya Juga Ada Beberapa Lagu Yang Akan Saya Ciptakan Sendiri Sejak Saya Berumur 16 Tahun Tapi Belum Siap Sepenuhnya Kerana Bukan Mudah Untuk Mencipta Lagu Sendiri. Dengan Izin Allah, Saya Akan Menyanyikan Juga Lagu Yang Saya Cipta Itu. Antara Tajuk Lagu Yang Akan Saya Cipta Adalah Seperti Berikut:-

~ ~ ~

Disamping Itu, Terdapat Juga Lagu-Lagu Yang Pernah Saya Cover Untuk Suka-Suka Saja Dan Saya Selalu Kongsikan Kepada Kawan-Kawan Di Media Sosial. Antara Tajuk Lagu Yang Pernah Saya Cover Adalah Seperti Berikut:-

~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
 ~ ~ ~

Seterusnya, Saya Juga Ada Post Lagu Yang Saya Cover Di YouTube. Jika Anda Sudi, Dengarlah Lagu Yang Saya Nyanyi Di YouTube Dan Jangan Lupa Subscribed Channel Saya. Kliklah Link Dibawah Ini Untuk Mendengar Nyanyian Daripada Saya.


Semua Perkongsian Di Atas Adalah Mengenai Hobi Saya Dalam Aktiviti Menyanyi Dan Lagu-Lagu Yang Pernah Saya Cover Serta Lagu Yang Akan Saya Ciptakan Sendiri.

Menulis Kata-Kata Mutiara

Hobi Yang Sangat Saya Suka Lakukan Adalah Menulis Kata-Kata Mutiara Seperti Kata-Kata Semangat, Kata-Kata Pesanan Dan Ingatan Yang Bertujuan Untuk Saya Memberi Kawan-Kawan Saya Semangat Supaya Tidak Selalu Bersedih Hati Dan Tidak Mudah Mengalah Dalam Meneruskan Kehidupan Yang Penuh Dengan Ujian Ini. Ada Banyak Juga Saya Tulis Kata-Kata Mutiara Sejak Saya Berumur 13 Tahun Hingga Ke Hari Ini Di Media Sosial. Antaranya ialah:-

~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
 ~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~

Sementara Itu, Saya Juga Ada Tulis Kata-Kata Mutiara Dalam Bentuk Pantun Dua Kerat Dan Empat Kerat Untuk Memberi Pesanan Dan Ingatan. Contohnya Ialah:-

~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~
~ ~ ~

Semua Perkongsian Di Atas Adalah Tentang Hobi Saya Dalam Menulis Kata-Kata Mutiara Yang Bertujuan Untuk Saya Memberi Semangat Kepada Kawan-Kawan Saya Dan Juga Diri Saya Sendiri Supaya Mampu Menjalani Kehidupan Yang Penuh Dengan Dugaan Dan Ujian Ini Dengan Hati Yang Tenang Dan Tabah.

Segala Cerita Dan Perkongsian Di Atas Adalah Mengenai Hobi-Hobi Yang Gemar Saya Lakukan Pada Setiap Hari Untuk Memenuhi Aktiviti Harian Saya.

Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Pantun:-

Pisang Enak Dibuat Pengat,
Roti Sedap Disalut Kaya,
Lakukanlah Hobi Yang Sihat,
Agar Hidup Selalu Berjaya.

~ ~ ~

Menarik

Cerpen: Perginya Suhaila Kekasihku

Assalamualaikum Dan Salam Bahagia. Kali Ini Saya Ingin Mempersembahkan Antara Cerpen Terbaru Saya. Sebenarnya Penghasilannya Terhen...