Khamis, 26 Oktober 2017

Puisi: Aku Dan Dunia Menaip


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Puisi Saya Kali Ini, Mencerita Tentang Cinta Saya Kepada Dunia Penulisan Yang Banyak Mengajarkan Saya Tentang Erti Kehidupan Dan Perasaan Benci Saya Terhadap Penulisan Yang Berunsur Cacian Serta Tujuan Saya Menaip Iaitu Mengkongsikan Cerita Tentang Hidup Saya.

Puisi
Aku Dan Dunia Menaip

Aku menaip bukan kerana hebat,
Bukan juga kerana aku berbakat,
Aku menaip asbab cintakan penulisan,
Penulisan yang indah bahasanya,
Dengan harmoni susunan ayatnya,
Hanya untuk meraikan kedamaian,
Yang tiada berbaur kekecaman,
Aku juga menaip atas dasar falsafah,
Yang dikupas cerita dalam kehidupan,
Sebagai iktibar dan semangat hidup,
Sekiranya aku terlihat bahasa cacian,
Aku menjadi benci untuk membacanya,
Lantaran bahasanya tiada nilai kesopanan,
Aku juga menaip untuk berceritera,
Segala yang pernah aku rasakan,
Meskipun bahagia atau sebaliknya.

(Karya: Haikal Rider, Maniskan Dalam Senyuman)


Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Kata-Kata Pesanan:-

Setiap Apa Yang Kita Tuliskan Menunjukkan Peribadi Kita Sendiri Sama Ada Baik Atau Jahat. Penulisan Yang Berunsur Cacian Membuatkan Hati Jadi Benci-Membenci Manakala Penulisan Yang Penuh Dengan Kata-Kata Mutiara Membuatkan Hati Menjadi Kasih-Mengasihani.

~ ~ ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menarik

Cerpen: Perginya Suhaila Kekasihku

Assalamualaikum Dan Salam Bahagia. Kali Ini Saya Ingin Mempersembahkan Antara Cerpen Terbaru Saya. Sebenarnya Penghasilannya Terhen...