Rabu, 29 Mac 2017

Tujuan Blog Inspirasi Haikal Rider


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia.

Pastinya Akan Ada Orang Yang Tertanya-Tanya Tentang Idea Tercetusnya Blog Saya Ini. Atas Sokongan Anda, Kali Ini Saya Akan Mengkongsikan Cerita Tentang Tujuan Saya Buat Blog Inspirasi Haikal Rider Ini. Sebenarnya, Memang Sejak Dari Dulu Lagi Saya Berhasrat Untuk Buat Blog Seperti Ini Tapi Saya Tidak Begitu Pandai. Sehinggalah Saya Tekad Untuk Belajar Sendiri Cara Buat Blog. Baiklah, Saya Akan Mengkongsikan Tujuan Saya Buat Blog Ini Dengan Membahagikan Kepada Tiga Cerita Iaitu Idea Tercetusnya Nama Tema Blog Ini Dan Sebab Blog Ini Dibuat Serta Harapan Saya Disebalik Blog Ini.


Idea Tercetusnya Nama Tema Blog Ini

Saya Berikan Nama Tema Dalam Blog Ini Mengikut Apa Yang Orang Anggapkan Tentang Diri Saya Iaitu Saya Sebagai Inspirasi Dan Motivasi Kepada Insan Lain, Sebab Itu Saya Berikan Nama Tema Dalam Blog Ini Sebagai "INSPIRASI HAIKAL RIDER". Pada Pendapat Saya, Makna Inspirasi Boleh Didefinisikan Sebagai Pemberi Semangat Serta Motivasi Kepada Insan Yang Sangat Memerlukan Bimbingan Dan Nasihat Untuk Berjaya Dalam Mendidik Hati Mereka Supaya Sentiasa Tabah. 

Bagi Saya, Jika Saya Berjaya Memberi Semangat Kepada Insan Lain, Itu Juga Mampu Menguatkan Hati Saya Sendiri. Perkara Yang Membuatkan Saya Tetap Tersenyum Dan Tabah Walau Saya Banyak Diduga Dengan Ujian Yang Begitu Besar Adalah Ramai Insan Yang Sudi Beri Saya Kata-Kata Semangat Yang Penuh Dengan Inspirasi Dan Sudi Mendoakan Kesejahteraan Saya. Nasihat Saya, Penuhkanlah Kehidupan Ini Dengan Kata-Kata Inspirasi Dan Semangat Supaya Kehidupan Ini Dipenuhi Dengan Ketenangan Serta Kebahagiaan.


Sebab Blog Inspirasi Haikal Rider Ini Dibuat

Secara Ikhlas Dan Jujurnya, Sebab Blog Ini Saya Buat Adalah Supaya Masyarakat Di Luar Sana Tahu Bahawa Orang Kurang Upaya Seperti Saya Ini Mampu Bangkit Dan Bersemangat Dalam Meneruskan Kehidupan Yang Penuh Ujian Ini Dengan Hati Yang Tabah Serta Berfikiran Positif. Saya Tahu, Sebahagian Orang Pasti Akan Memandang Pelik Atau Memandang Hanya Sebelah Mata Bila Melihat Kekurangan Dan Kecacatan Saya Ini, Namun Perkara Itu Tidaklah Mematahkan Semangat Saya Kerana Lumrah Kehidupan Memang Begitu. Perjalanan Hidup Kita Masih Jauh Lagi. Kita Tidak Tahu Akan Nasib Kita Pada Masa Hadapan. Jadi, Usahlah Kita Menghina Atau Memandang Rendah Terhadap Insan Yang Penuh Dengan Kekurangan. Kami Tidak Pernah Minta Dilahirkan Sebegini. Oleh Itu, Anda Patut Bersyukur Kerana Masih Diberi Kesihatan Dan Sihat Tubuh Badan. 

Selain Itu, Antara Sebab-Sebab Lain Blog Ini Saya Buat Adalah Untuk Memberi Semangat Kepada Insan Yang Lemah Seperti Saya Supaya Dapat Teruskan Kehidupan Ini Dengan Hati Yang Bahagia Serta Bertujuan Untuk Memberi Iktibar Dan Inspirasi Semasa Anda Membaca Atau Melawat Blog Saya Ini. Disamping Itu, Saya Juga Akan Menceritakan Tentang Diri Saya Dalam Blog Ini Serta Mengkongsikan Karya Saya.


Harapan Saya Disebalik Blog Ini

Setiap Insan Termasuk Orang Kurang Upaya Seperti Saya Ini Pasti Akan Ada Suatu Harapan Yang Diinginkan Atau Diimpikan. Harapan Boleh Kita Maksudkan Sebagai Impian, Impian Yang Ingin Dimiliki Oleh Setiap Insan. Harapan Saya Disebalik Blog Ini Adalah Ingin Membuka Minda Kepada Insan Yang Diduga Dengan Kekurangan Supaya Mereka Ada Keyakinan Dalam Diri Dan Tidak Merasa Tertekan. Jika Ingin Tahu, Dulu Saya Juga Pernah Ada Rasa Terdetik Dalam Hati Ingin Menangis Bila Terkenangkan Nasib Hidup Ini Tetapi Lama-Kelamaan Saya Mula Terfikirkan Kembali, Sampai Bila Saya Harus Menangis? Menangis Tidak Mampu Untuk Merubahkan Kekurangan Kita Kepada Yang Lebih Baik, Sebaliknya Lebih Membuatkan Kita Rasa Berputus Asa Dalam Meneruskan Hidup. 

Selain Itu, Harapan Saya Disebalik Blog Ini Adalah Ingin Menyedarkan Masyarakat Diluar Sana Supaya Anda Juga Mampu Membuatkan Kami Yang Penuh Kekurangan Ini Terus Merasa Semangat Dengan Memberi Nasihat Yang Berguna. Marilah Kita Sama-Sama Menyemaikan Perasaan Kasih Sayang Sesama Insan Sama Ada Kepada Orang Normal Atau Kepada Orang Kurang Upaya Supaya Kehidupan Ini Dipenuhi Dengan Keindahan Kasih Sayang.


Kesimpulannya, Segala Cerita Dan Perkongsian Di Atas Adalah Mengenai Tujuan Saya Buat Blog Inspirasi Haikal Rider Ini Dengan Membahagikan Kepada Tiga Cerita Iaitu Idea Tercetusnya Nama Tema Blog Ini, Sebab Blog Ini Dibuat Dan Harapan Saya Disebalik Blog Ini.

Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Lain Cerita Daripada Saya Dalam Blog INSPIRASI HAIKAL RIDER. Semoga Kita Sentiasa Diberi Kesihatan Yang Baik-Baik Dan Semoga Kita Sentiasa Bahagia Di Dunia Serta Di Akhirat.

Ikuti Perkembangan Saya Dengan Lebih Lanjut Di Media Sosial:-
Facebook: Haikal Rider (HR)
Instagram: haikalrider

Saya Akhiri Penulisan Saya Kali Ini Dengan Pantun:-

Ramai Orang Pergi Pasar Tani,
Hajat Dihati Ingin Ikut Sekali,
Impian Diinginkan Pasti Dikecapi,
Jika Tujuannya Ikhlas Dan Murni.

~ ~ ~

Menarik

Cerpen: Perginya Suhaila Kekasihku

Assalamualaikum Dan Salam Bahagia. Kali Ini Saya Ingin Mempersembahkan Antara Cerpen Terbaru Saya. Sebenarnya Penghasilannya Terhen...